December 17, 2010

Law

Undang-undang.
apa yg anda faham tentang undang-undang2?
sekarang, saya mahu share something yang ramai tidak tahu pasal undang2 yg kita practice di Malaysia nie.

sebelum saya proceed pasal topik ini,
saya mahu menjelaskan dgn anda yang saya explain ini adalah semuanya berdasarkan fakta.
saya adalah pelajar undang2, dan insyaAllah tahun hadapan adalah tahun terakhir saya.
so, apa yg saya tahu dan saya faham. saya share dgn anda kayh.
sekiranya ada yg kurang dan ada yg silap. saya harap anda boleh perbetulkan kayh.
segala kesilapan dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri.
dan yg baik itu, pastinya datang dari Allah s.w.t.

sebelum itu, saya akan explain secara briefly pasal sistem undang2 kita di Malaysia k.

Malaysia adalah negara islam.
tetapi, islam yg di guna pakai di Malaysia hanyalah untuk sistem adat istiadat dan sebagai agama rasmi sahaja. sistem pemerintahan dan juga sistem perundangan islam TIDAK di guna pakai di Malaysia.

untuk menggantikan itu, kita menggunakan sistem pemerintahan barat. Demokrasi.
seangkatan dgn itu, sistem perundangan kita juga telah di ubah suai.
kita tidak lagi menggunakan sistem undang2 yg telah Allah tetapkan.
hukum hudud TIDAK di guna pakai di Malaysia.

undang2 tertinggi di Malaysia adalah perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia ini memaktubkan hak2 asasi manusia dan semua sistem perundangan di Malaysia. Apa sahaja sistem perundangan yg di cipta, bertentangan dgn perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan tidak boleh di guna pakai.

ok, dari situ saya sudah memberi pengertian sedikit sebanyak tentang sistem pemerintahan kita di Malaysia.

Di sini, saya mahu anda jelas bahawa sistem perundangan dan sistem pemerintahan kita adalah berdasarkn pemikiran manusia dan tidak lagi berdasarkan Al-Quran dan sunnah.
jadi, kita pun sedia tahu kan yg manusia itu penuh dgn kesilapan. penuh dgn kelemahan.

dalam post kali ini, saya akan menceritakan 1 isu yg amat besar di kalangan masyarakat pada hari ini.
isu, pembuangan bayi.
isu pembuangan bayi dan juga undang2 adalah sgt berkait rapat. mesti anda terfikir kan, kenapa isu pembuangan bayi ini semakin hari semakin berleluasa. semakin hari, semakin tidak dapat di bendung. semakin hari, semakin parah.
akar kepada isu pembuangan bayi ini adalah zina kan?
keep that in mind. hal ini terjadi sebab freesex, ataupun lebih di kenali sebagai zina.

saya akan beritahu anda kenapa. Mengapa perkara ini semakin parah.

ini adalah di sebabkan, dalam sistem undang2 kita di Malaysia. sila refer penal code utk mendapatkan kepastian.
anda boleh mendapatkan penal code ini, di mana2 kedai buku di seluruh negara.
Penal code adalah semua seksyen2 yg di guna pakai utk mensabitkn kesalahan kepada penjenayah.

di dalam penal code itu ( sehingga hari ini 17.12.2010 )
tidak ada satu pun hukuman yg di berikan kepada penzina.

semua yg di maktubkan di dalam penal code mengenai perkara ini adalah kes2 rogol dan juga kes pelacuran.
persoalannya. Jika kes itu mengenai sex luar nikah?
TIDAK ADA satu seksyen pun di dalam penal code yg menerangkan pasal hal ini.

Ok.
kalau anda tidak berpuas hati dgn ini, saya berikan anda syariah law.
Ada termaktub di dalam syariah Law mengenai hal ini.


ENAKMEN 3 TAHUN 1995

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 80. Persetubuhan haram.

(1) Seseorang lelaki yang melakukan persetubuhan haram dengan seorang perempuan adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dirotan tidak melebihi enam rotan atau mana-mana gabungan dari hukuman tersebut.

(2) Seseorang perempuan yang melakukan persetubuhan haram dengan seseorang lelaki adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau dirotan tidak melebihi enam rotan atau mana-mana gabungan dari hukuman tesebut.





anda boleh refer ini melalui google k.
jika anda meragui saya tentang seksyen ini.

Persoalan yg saya ingin bangkitkan.
memadai kah hukuman ini dgn penzina?
berapa berkesan kah mahkamah syariah dalam sistem undang2 kita di Malaysia?
pernah anda lihat Mahkamah syariah mengisukan hal ini sebagai isu besar kita sekarang?

Ini lah puncanya.
Saya hanya mahu kita masyarakat Malaysia jelas, yang undang2 di guna pakai oleh kita ini adalah penuh dgn kelemahan dan kekurangan.
sama dgn sifat manusia itu sendiri.
saya tertanya2, mengapa kita tidak mahu menggunakan undang2 islam?
Kita sedia tahu, undang2 islam itu datangnya dari Allah s.w.t sendiri.
Ia adalah ketetapan dari Tuhan kita.
jika kita benar2 beriman kepadanya, mengapa kita meragui undang2 yg di cipta olehnya?
Fikirkan.
Fikir menggunakan akal dan hati anda. Jgn hanya mengikut arus kemodenan tanpa menyedari apa yg terjadi di sekeliling anda.

jika negara kita ini benar2 Merdeka.
Mengapa kita tidak boleh mengguna pakai sistem pemerintahan kita sendiri?
mengapa kita harus mengikut sistem pemerintahan dan juga sistem perundangan british?
jika perkara2 ini tidak menganggu pemikiran anda, maka ingatlah.
anda sudah semakin jauh dari kehidupan Islam itu.

Islam itu adalah sempurna.
Islam itu lengkap.
kita ini, asalnya adalah hina. maka Allah naikkan darjat kita melalui islam.
Maka, jika kita darjat yg lebih tinggi selain dari islam. Allah jatuhkan kita ke darjat kita yg hina itu.

Tidak hairanlah umat islam zaman skrg di pandang hina, dan juga lemah.
Kehidupan kita sudah terlalu jauh dari landasan Islam yg sebenar itu.

Jika anda, mahu lebih pasti tentang hal ini.
make ur own research. Keluar, lihat sekeliling anda. lihat menggunakan hati anda.
jgn hanya percaya kepada media, kepada tv yg anda lihat.

IQRA.
bacalah.

jgn biarkan kehidupan kita berlalu tanpa kita menyedari apa yg terjadi di sekeliling kita.
ingatlah, pada hari akhirat. kita semua akan di soal mengenai Agama kita.
apa yg kita telah lakukan untuk kesucian agama ini.
janganlah kita terpedaya dgn dunia barat. pemikiran2 orientalis.

kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah.
hanya dgn ini kita dapat mencapai kejayaan bukan sahaja di dunia tapi jg di akhirat.

semoga apa yg saya share ini dapat memberi manfaat kepada anda.
InsyaAllah..

No comments: