March 23, 2017

How Long Will I Love You

How long will I love you
As long as stars are above you
And longer if I can
How long will I need you
As long as the seasons need to
Follow their plan
How long will I be with you
As long as the sea is bound to
Wash up on the sand
How long will I want you
As long as you want me to
And longer by far
How long will I hold you
As long as your father told you
As long as you can
How long will I give to you
As long as I live through you
However long you say
How


Laguni..sempat kami dengar sama sama malam sebelum arwah dikejarkan ke hospital keesokan paginya. sambil ketawa ketawa lagi sebab playlist tab aku yg 'too obsolete' tiada sda lagu lagu baru mcm zaman belajar dulu. haha cerita cerita santai santai ja kami malam tu. dia baring di atas katil aku duduk di tepi katil. siapa tau kan..itu last :( 

ok. berbalik kpd lagu ni. lagu ni ost satu movie org putih ni about time. kami tengok sama sama di rumah sewa lama dlu di taman aman 2 Lahad Datu. nah kau detail aku bagi sebab..xmau luput dari ingatan aku. Arwah suka tengok movie org putih ni tp yg action movie. aku plak suka love story apa apa bangsa punya movie la, yg penting love story. ;) yg akhirnya akupun pandai tertidur tidur jg tengok! haha! xboleh bagi komitmen langsung movie movie ni or drama drama laa..sebab aku rasa aku mau menikmati realiti hidup aku, sebab xkan berulang semua tu. mungkin berulang tapi tidak lagi sama mcm yg dulu. 

ok u turn balik cerita aku malam tu bersama arwah..selain dengar dengar lagu yg agak obsolete tu. kami sempat jg cerita cerita pasal saat saat akhir bila roh berpisah daripada jasad. 'b..syg dengar tazkirah malam jumaat hari tu. ni syg x ckp siapa2 la ya. sebab x semestinya b sakit b yg pergi dulu. who knows..syg ni sihat xda sebab untuk tidak mati klu ajal sda sampai kan.Ust tu cakap (seingat aku la..ust Ahmad Dusuki) nt syaitan pandai datang ajak kita ikut sama dia ba kan'..husband: yaa..ada jg b dengar ceramah tu. memang pun.. setakat itu ja yg aku ingat pasal coversation tu. tp lepas ni klu aku ingat nt aku update lg. Yang pastinya conversation tu buat aku kuat bertahan 2 malam 2 hari di hospital tu klu boleh xmau stop bisik di telinganya kalimah Lailaha Illallah.. Alhamdulillah Allah bagi aku peluang itu. Memang betullah apa apa pun yg kita buat ikhlas Lillahi Taala pasti akan berbuah rasa kemanisan di dalam hati. Kemanisan yang sampai bila bila kau mau rasa setiap masa setiap saat di setiap hembusan nafasmu. Subhanallah..Maha suci Allah.

"..Alhamdulillah Allah bagi aku peluang itu. Memang betullah apa apa pun yg kita buat ikhlas Lillahi Taala pasti akan berbuah rasa kemanisan di dalam hati. Kemanisan yang sampai bila bila kau mau rasa setiap masa setiap saat di setiap hembusan nafasmu. Subhanallah..Maha suci Allah..."


Malam tu jg arwah sempat pesan yg dia mau guna laptop. Mau transfer derma untuk kawan group IRIZ nya..Semoga niat baiknya itu mendapat ganjaran pahala disisi Allah. amin.. Mari sama sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah semoga dia ditempatkan di tempat yg paling baik disisi Allah..amin :)

No comments: