April 28, 2010

- demi masa -

hari nie.. aku mahu menulis cerita tentang "masa"

hasil daripada pembacaan aku, dan bahan2 ilmu yg aku telaah..
aku mengambil beberapa isi penting.. yg aku rasa aku perlu kongsi dgn rakan2 pembaca blog.

kita sebagai umat islam semestinya sinonim dgn ayat " demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."

tapi, seberapa dalam kah kita mendalami ayat ini.
berapa ramaikah antara kita yg sedar.
betapa ruginya kita?

pernah kah kita terfikir tentang mati?
selalunya.. manusia, akan takut pada kematian..
kematian itu seumpama penutup segala kehidupan.
berakhirlah cerita kita..
adakah ini yg di ajar oleh islam?
adakah islam mengatakan kematian itu penutup segala kehidupan?
semestinya tidak.
kita sebagai umat islam sedia tahu, yg kita akan dibangkitkn semula di hari akhirat..
kita tahu hakikat ini, dan sebagai umat islam kita wajib mempercayainya.

tapi... kenapa? kenapa kita umat islam. takut pada kematian?
sedangkan kita tahu. di hari akhirat. kita bakal menemui Allah s.w.t yg tercinta..
tuhan yg menciptakn kita. menghadiahkn kita nyawa di dunia ini.

pada penilaian ku..
org2 yg takut pada kematian ini ada 2 golongan..

yg pertama
- org yg cinta pada dunia.. kecintaannya pada dunia sudah melebihi cinta nya pada hari akhirat.
org2 ini takut, utk kehilangan segala yg sudah di kecapi dlm kehidupan ini. kebahagiaan yg di rasai di dunia ini, di anggap sudah memadai utk dirinya. inilah yg dilabelkn sebagai cinta dunia.

yg kedua
- org yg takut pada Allah S.W.T. ya.. golongan ini takut kepada Allah.. mereka takut sekiranya amalan meraka masih tidak mencukupi. takut sekiranya amalan meraka tidak membawa kebajikan kepada meraka di hari akhirat. ini lah yg meraka takut pada kematian.
mereka mengharap. umur yg di beri di dunia ini.. boleh di manfaatkn sepenuhnya utk meningkatkn amalan meraka..

berdasarkn 2 golongan ini.
di manakah kita mahu di golongkan?
terpulang kepada kita utk memilihnya..
kerana.. keputusan itu di tangan kita =)

-demi masa-

Nabi Allah Isa a.s bersabda:
" adapun dunia ini tiga hari sahaja, iaitu semalam yg telah berlalu tanpa sesuatu di tanganmu, hari ini yg engkau sedang berada di dalamnya dan esok yg tidak pasti engkau dapat menemuinya"

seorang sahabat rasulullah s.a.w iaitu Abu Dzar pernah bermadah:
"dunia ini tiga jam sahaja. iaitu satu jam yg telah berlalu. satu jam yg engkau berada di dalamnya dan satu jam lagi yg tidak pasti engkau dapat menemuinya. jadi, pada hakikatnya, engkau tidak memiliki dunia melainkn satu jam sahaja, kerana maut itu bergerak terus saat demi saat."

Antara ulama ada yg mengatakan:
" dunia ini tiga nafas sahaja, iaitu nafas yg telah berlalu, nafas yg sedang engkau jalani dan nafas selepasnya yg tidak pasti akan dapat engkau alami. Ramai org yg sedang menjalani satu nafas, tiba2 mati sebelum mengalami nafas seterusnya. Jadi, pada hakikatnya, engkau hanya hidup satu nafas sahaja."

berdasarkn kata2 di atas..
dapatlah kita nilai, apalah ertinya merebut rezeki dunia berlebihan, memburu kemewahan dunia untuk hidup. sedangkn hidup itu ibarat 1 hari, 1 jam, 1 nafas sahaja?
kalau kita menilai sudut hidup itu dari segi ini. semestinya kita akan menggunakan masa kita itu sebaiknya utk beramal.

fikir2 kan lah..

4 comments:

Ejat Ahmad said...

ermmm!
betul2..

nie dari buku mana ko amik?

zaCk_89 said...

40 senjata iblis..
p la ko beli.. best..

Khalidah Rasiqah said...

gud2x

Ika said...

like dis.