November 26, 2010

heal our soul


heal our soul?
yea.
we need to heal our soul.

1st of all. sebelum saya mulakan topik ini, cuba ambik cermin dan lihat org di dalam cermin itu.
lihat wajah kita. tanya dia. adakah ini imej yang aku inginkan?
inikah ini diri yg aku inginkan?

okei.

keep the answer for urself.

perlunya kita buat mcm tue bukan utk apa, sbb kita selalu melihat org lain. selalu melihat kesilapan org lain, tanpa menyedari kelemahan kita sendiri.
cuba lihat wajah d hadapan cermin itu. lihat, renung sedalam-dalamnya.
adakah org itu membawa manfaat kepada org lain?
adakah dia membawa kebaikan kepada org lain?
adakah dia menegakkan syiar islam dalam kehidupan dia?

adakah imej itu hanyalah kecantikan lahiriah, fizikal, yg dapat di lihat.
hidung yang cantik, mata yg cantik, senyuman yg menawan.
adakah memadai kita memiliki kecantikan ini?

pernah kah kita terfikir, ada unsur yg lagi penting.
elemen yg menentukan sifat kita, perangai kita dalam menjalani kehidupan seharian.
pernahkah kita terfikir semua ini?

elemen itu tidak lain tidak bukan hati kita.
pernah dgr kan.

"dalam badan manusia itu ada 1 daging. baiknya daging itu, maka baiklah keseluruhannya. buruk daging itu, maka buruklah keseluruhannya. ketahuilah, itu adalah hati "
( hadis riwayat bukhari dan muslim )

kita selalu kan. beli shampoo. beli minyak rambut. beli sabun. beli penyuci muka. perfume dan sebagainya utk menjaga kecantikan fizikal kita.

tapi, pernahkah kita jaga hati kita?
adakah kita jaga solat kita
adakah kita pernah ambik masa utk meluangkan rasa syukur kita padanya
pernahkah kita menyanyangi dia, sebagai mana kasihnya dia pada kita

ingatlah.
hanya dgn mengingati Allah, hati menjadi tenang.
pernah terfikir tentang ayat ini?
kalau anda pernah terfikir, maka renungkan lah.
hidup kita ini satu perjalanan.
tanpa hati yg terang, kita akan terjerumus ke jalan yg sesat.
masyaAllah.. mahukah kita tergolong dalam golongan itu?
Mohon keampunan dgn tuhan, moga kita di jauhkan dari perkara2 yg tidak d redhai Allah.

bagaimana mahu mendapat hati yg terang?
hati yg bersih, terang, bercahaya, tidak dapat d jual d shopping mall dan kedai2 butik sekalipun.
cahaya itu datang dr tuhan.
Allah itu memberi nur dan hidayahnya kepada sesiapa yg dia kehendaki.

adakah dgn mengetahui hakikat ini, maka kita hanya perlu bersenang lenang dan santai2 menunggu Allah memberi nur dan hidayahnya kepada kita?

tidakkah kita mahu berusaha utk mendapatkannya?

kita lihat sahaja situasi di dalam tempat belajar.
kita sedia tahu kan, siapa yg rajin, pegi kelas, buat assignment, study rajin2, possibilities utk dapat result cemerlang tinggi kan?

saya bukan mahu menyamakan situasi ini dgn kehidupan kita. tapi, ingatlah. hidup kita ini hanyalah ujian. hanya mereka yg benar2 beriman akan mendapat manfaat dari kehidupan ini.
beriman adalah hidup semuanya bersandarkan kepada Allah s.w.t
bukan sahaja d dalam solat, tetapi juga dalam kehidupan sehariannya.
thats ISLAM.

ingatlah.
Tuhan itu, tidak memerlukan kita. tetapi kita, sangat2 memerlukannya.
kita hanyalah hamba yg lemah lg daif.
kenapa kita sombong dan ego d atas muka bumi ini, sedangkan segala yg wujud d atas muka bumi ini adalah ciptaannya.
kenapa kita selalu alpa dan leka dalam mengingatinya?

saudara dan saudari seagama ku..
marilah kita bersama2 mengubati hati kita. perbetulkn niat kita.
tiada kecantikan yg lebih indah dan lebih kekal selain dari kecantikan rohani.

umur kita semakin meningkat. badan kita semakin tua. tapi hati kita, tidak pernah di mamah usia.
jagalah hati ini. sandarkan kehidupan kita ke jalan Allah.
moga hidup kita sentiasa d rahmati Allah :)


No comments: