semalam.. aku baca majalah SOLUSI.
majalah yg sgt best :)
thanx to all the author of the magazine. byk share menda2 yg bermanfaat dgn pembaca.
so, dalam majalah nie aku ada baca satu artikel tentang "percaya" dan "yakin"
artikel tue sgt simple tapi memberi kesan yg sgt mendalam pada aku. hurm.
aku x taw la, aku suka fikir menda2 yg simple tp meaningfull nie.
syukur la tuhan bg fikiran mcm nie..
em. percaya..
berapa ramai org zaman skrg yg percaya adanya tuhan?
typical la kan.. bila org kena tanya. mana yg lebih bernilai..
iman atau kemewahan, persaudaraan atau hiburan?
mest ramai yg jawab iman kan?
tapi.. jujurlah dgn diri sndiri. adakah kita benar2 beriman?
ada beza jawapan yg kita jawab dgn akal dan yg kita jawab melalui perbuatan.
berapa ramai sahaja org zaman skrg yg mahu hidup berlandaskn islam.
mahu mengorbankn hawa nafsu utk kejayaan di akhirat?
dunia ini hanya jambatan utk ke syurga.
jika teguh jambatan yg kita bina. sampailah kita ke syurga Allah yg hakiki.
tapi jika jambatan yg kita bina ini rapuh. maka jatuhlah kita ke neraka jahanam..
"percaya"
ramai org pada zaman ini, yg percaya pada mulut dan percaya pada hati adanya kewujudan Allah s.w.t.
"yakin"
hanya segelintir org sahaja yg benar2 yakin dan percaya wujudnya Allah s.w.t.
saya tidak mengatakan tidak ramai org yg beriman kepada Allah. tidak. sama sekali tidak.
tapi, saya hanya mahu org faham. berapa ramai org yg hidup bersandarkan kepada Allah s.w.t.
berapa ramai yg berfikir dalam membuat setiap keputusan. dalam membuat sebarang perlakuan yg mengingati Allah?
berapa ramai yg duduk di kala sendirian, sedar yg Allah sedang memerhatikannnya?
berapa kali dalam sehari kita berzikir mengingatinya?
Tuhanku..
Aku mohon padamu, jadikanlah aku dlm golongan ini.
golongan yg bukan sahaja percaya pada mu, tapi jadikan lah juga aku di kalangan org yg yakin pada mu. golongan yg sentiasa beriman padamu.
tiada kejayaan yg lebih cemerlang dalam kehidupan ini melainkn kejayaan meraih keredhaan Mu..
May Allah lead us to the right path.
moga kita menjadi islam bukan sahaja pada nama, tapi pada perlakuan dan kehidupan kita.
insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment